Followers

Thursday, April 17, 2014

Review: Restoran KST (Selera Ikan Bakar)



Assalamualaikum.



Hai uolls.
iolls terasa rajin harini nak buat review satu restoran yang boleh dikatakan famous dekat Kota Bharu ni.
Restoran Selera Ikan Bakar (KST).
dekat dengan Wakaf Che Yeh.
sesiapa tak tahu, landmark dia dekat dengan kedai ECO Barangan RM 2.



Kedai ni berkonsepkan santai.
Nasi Ulam bersama masakan panas.
then ada seafood. you can choose by yourself.
boleh bakar ikut citarasa masing-masing.










sori la meja messy sikit
syok sangat makan budu
hihi



udang gedabak nama di beri



sesiapa yang nak cuba bolehla makan kat sini.
buka pukul 3.30 petang sampai 1.30 pagi.
harga pun berpatutan.


ok bye


Tuesday, April 15, 2014

Diet



Assalamualaikum.



AMARAN: INI BUKAN ENTRI UNTUK KURUS



DIET. selalu cakap nak diet sebab nak turunkan berat badan.
tapi diet aku tak pernah menjadi. sedih tau!
macam-macam style sudah ku buat akhirnya kechiwaaaa jua T_T



bila google menu diet, macam-macam keluar.
nak tiru tak termampu hakak dik oi.
menu diet tanpa nasi dah cuba, FAIL!
sebab aku ni tak boleh kalau skip nasi.
aku ada masalah gastrik. kalau tak makan mula lah nak pitam.



pastu cuba pulak diet tak makan malam.
satu dua hari boleh la.
malam ketiga idoknya tak makan.
FAIL jugakk! sobs.




At last malas dah nak diet.
makan macam biasa, ikut time.
akhirnya aku punya weight maintain.
happy pun ada sebab tak naik tak turun bila makan ikut time.




aku rasa lah kan,
kalau jenis aku ni maybe kena diet yang kurangkan portion makanan.
boleh nak makan nasi, tapi jangan banyak.
semua kena cut biar jadi half.
lama-lama akan biasa makan dengan jumlah yang sedikit.





 haish nak sama gems dengan umi dah ni
hihihi


jomla kita sama-sama try.
kena nekad ni. 
k bye




Wednesday, April 9, 2014

MH 370 Dalam Kenangan

Assalamualaikum.



Hari ini 9 April 2014, genaplah sebulan 'kehilangan misteri' sebuah kapal terbang MH 370 Boeing 777 milik Malaysia Airlines. Kehilangan ini telah menggemparkan seluruh penduduk di semua negara. Pencarian demi pencarian di lakukan tetapi semuanya tidak memberikan sebarang tanda penemuan. Akhirnya, Perdana Menteri Malaysia telah mengesahkan MH 370 telah berakhir di Lautan Hindi.






Allahurobbi. Tidak dapat saya bayangkan nasib 239 penumpang termasuk 12 anak kapal di dalam pesawat tersebut. Seperti sedia maklum, Lautan Hindi antara laut terdalam di dunia. SubhanaAllah....Kali pertama saya mendengar cerita ini, terkaku saya buat seketika. sesungguhnya kuasa Allah tiada tandingan. Jika semua ini sudah tersurat, maka kita sebagai hamba harus terima dan redha. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang kita tidak ketahui.




keadaan di Lautan Hindi



kedalaman di Lautan Hindi



Damailah di sana MH 370.
Doa kami bersamamu.
AL-FATIHAH


Tuesday, April 1, 2014

How I Miss My Student's Life

Assalamualaikum.



Sedar tak sedar dah dekat 9 bulan aku meninggalkan zaman belajar ku. sungguh aku rindu! insyaAllah ada rezeki di lain hari akan ku sambung perjuangan menuntut ilmu. tidak sabar menanti detik untuk menjadi pendidik..meneruskan cita-citaku sejak umur belasan tahun....Ya Allah...permudahkanlah perjalanan hidupku...amin....



.....i snap this picture during Physical Chemistry II class.....



Wednesday, March 19, 2014

Temuduga Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41


Assalamualaikum.


Alhamdulillah. selesai sudah temuduga ke jawatan PPPS Gred DG41 minggu lepas yang dijalankan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). satu perkataan keramat yang sesuai adalah "LEGA!"


Temuduga yang saya lalui ini adalah minggu ketiga iaitu di Zon Pantai Timur (10-13 Mac 2014) yang di jalankan di Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu (IPGKB). Sebenarnya ada satu tempat lagi dekat Bahagian Teknologi apa entah. sorry kawan. lupa pulak T_T


ok saya cuba ringkaskan perjalanan temuduga saya supaya uolls dapat grab key point yang boleh di jadikan panduan semasa temuduga di jalankan ok. insyaAllah.


saya punya turn pada 11 Mac 2014 Sesi 9.30 Pagi.


Antara perkara yang anda harus patuhi semasa temuduga di jalankan adalah:


PENAMPILAN
 
1- Berpakaian formal.

2- Pakai blazer (seeloknya warna hitam). sedikit info, blazer di butangkan apabila kita berdiri sahaja. di buka butang bila duduk. ini adalah protokol. sekian.

3- Pakai tag nama. ikut ukuran saiz kakitangan awam iaitu 7.5cm x 2.5cm.

4- Berkasut menutup kaki (seeloknya tidak bertumit tajam).

Penampilan seorang guru haruslah di jaga untuk menunjukkan kita seorang guru yang komited dan berkepimpinan. sebab tu markah dekat penampilan agak tinggi. kalau tidak silap saya 20 markah.




SEMAKAN SENARAI SEMAK

Sebelum memasuki ke bilik temuduga, ada seorang pegawai SPP akan menyemak semua dokumen yang diperlukan. Pastikan anda bawa SEMUA dokumen yang diperlukan. susun semua salinan ikut senarai semak yang kita print dekat portal SPP tu. make sure yang salinan semua di sahkan. Dokumen yang original juga susun ikut senarai semak dalam clear file holder. then barulah letak sijil-sijil lain.


Masa kat sini pun anda sudah di nilai sebenarnya. dia akan tengok anda. attitude seseorang untuk menunggu giliran sebelum di temuduga. elak berbual dan membuat bising. masa kat ruang menunggu ni bolehla anda bertafakur, selawat atau baca ayat qursi minta di tenangkan masa menjawab dan dipermudahkan segala urusan.





SEMASA TEMUDUGA

Saya telah ditemuduga oleh Timbalan Pengerusi SPP (YBHG. DATO' SERI DR ABDUL RAHMAN BIN HASHIM) dan seorang Guru Cemerlang Kimia dari Terengganu.


Orang yang temuduga kita ni bukan calang-calang orang. pangkat Dato' Seri ye. adab berinteraksi harus di jaga tambahan pula jawatan beliau sangat tinggi dalam SPP. agak seriau jugalah pada mulanya.


Bila masuk ke bilik temuduga haruslah penuh hormat dan sopan. jangan lupa untuk beri salam. murahlah dengan senyuman. Bila masuk, letak buku RPH di atas meja mereka. Duduk apabila arahan di berikan terlebih dahulu.



Usai duduk, bermulalah sesi temuduga kami. seramai 6 orang di temuduga serentak. kesemuanya adalah kursus yang sama iaitu Pendidikan Kimia. wakil UKM, UTM dan UPSI. Setiap orang di beri peluang menjawab ikut turn.


Soalan yang di tanya:

1- Komunikasi berkesan. Bagaimana guru nak atasi masalah jika pelajar tak faham apa yang kita ajar.

2- Sikap yang ada dalam diri kita. Dan bagaimana sikap tersebut dapat membantu kita dalam memotivasikan pelajar.

3- Apa kebaikan pendidikan tidak percuma sepenuhnya yang diamalkan di negara kita.



4- Apakah punca negara kita berada di kedudukan yang rendah dalam ranking PISA dan TIMSS?


5- Bagaimana nak terapkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam P&P (Kimia).

6- Apakah tugas ketua panitia kimia?

7- Berikan satu contoh formula kimia.





Rumusan akhir di buat oleh Dato Seri itu tadi. dan mereka mendoakan kami menjadi guru yang baik kelak.

Alhamdulillah kesemua calon sebilik dengan saya dapat jawab dengan baik. cuma idea yang berbeza. sangat bersyukur panel penemuduga baik dan tidak memberi tekanan. Tiada langsung soalan fakta. Lebih kepada pendapat (KBKK).
 


Apa yang saya nak tekankan di sini adalah jawab dengan jujur dan yakin. suara tidak terlalu kuat atau perlahan. Jawapan haruslah ringkas, padat dan tepat. InsyaAllah dapat meyakinkan penel penemuduga dengan kredibiliti seorang bakal guru yang kita ada.


Tips Lain.
Sebelum menghadiri temuduga banyaklah berdoa dan melakukan solat hajat supaya urusan temuduga dipermudahkan agar panel penemuduga tidak bertanya soalan yang di luar jangkaan kita. Doa adalah senjata untuk segala-galanya. yakinlah.






Semoga entri ini bermanfaat untuk semua yang akan menghadiri temuduga jawatan PPPS DG 41. 
Selamat maju jaya!





Wednesday, March 5, 2014

Semoga Allah Redha~

Assalamualaikum.


syukur alhamdulillah. akhirnya penantian untuk di panggil temuduga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) sudah terjawab. semalam tengah kerja dapat text dari seorang coursemate suruh check. katanya dah keluar. alhamdulillah bila keluar nama...rasa macam gembira tak boleh nak di luah.....syukur kepada Allah...


 


one step closer to be a teacher...may Allah ease everything....amin....
doakan saya ye kawan-kawan....


Saturday, December 21, 2013

Temuduga Guru MARA

Assalamualaikum.



haih. tak tau nak mula dari mana. ramai yang mohon jasa baik aku untuk kongsikan pengalaman interview Guru MRSM tempoh hari. ampun sangat. bukan tak nak share, tapi kekangan masa menjadi penghalang. meh kita start satu persatu okay? :)



PANGGILAN TEMUDUGA.

Okay. aku secara unplan isi permohonan ni. yela nak tunggu posting lambat, cuba nasib dengan MARA. alhamdulillah..selepas jenuh isi permohonan di atas talian OGOS 2013, aku dapat mesej dari pihak MARA untuk hadiri sesi temuduga pada 3 DISEMBER 2013. mesej tu dapat 29 November 2013. excited? erm ada la kot sikit. tapi hati berbolak balik nak pi? awat? pasai aku lagi suka mengajar kat sekolah berstatus Sekolah Menengah Harian. *aku detail-kan tarikh sebab nak tunjukkan gap tarikh isi permohonan dengan tarikh temuduga*



PERSIAPAN?

Hmm. semak lokasi temuduga di ILKM Sungai Jawi, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. hamboiii. jauh noo. aku dah la balik tak sampai seminggu dari Penang sebab hantar adik belajar nun di sana. pikiaq lagi...nak pi tak ni (dah kenapa jadi cakap utagha ni? biaq pi laaa) .ushar memembe, nasib la ada jugak same place and date. pastu set nak gi sama. done pasal tu! pastu dalam masa 2 hari sebelum gerak tu siapkan apa yang nak. print segala bagai dokumen yang depa nak tu la. call kenalan papa cikgu MRSM, tanyakan tips. dorang kata kena confident jer. lahaiii...mudahnya. dah kenapa sampai 4 stages?? okey satgi aku cerita satu-satu k. sabarrrr



SEHARI SEBELUM TEMUDUGA (2 DISEMBER 2013)

Dengan berbekalkan semangat dan sedikit ilmu yang sempat study (last minute sangattt uolls), aku gerak bertiga ke Penang dari Kota Bharu, Kelantan. kira-kira petang sebelum asar aku sampai. aku dan kawan aku ni memang gamble habis. tak book hotel. bajet kat sana banyak la hotel nak stay untuk 2 hari. rupanya jangkaan ku meleset. susah juga nak jumpa hotel area situ. at last jumpa juga selepas mencari. cumanya jauh sikit la dari tempat temuduga tu. tapi nasib la ada bilik kosong kan. aku stay dekat New Town Hotel Sungai Bakap. RM 85 per night. ni contact number: 04-5822885. lagi satu nak kasi tips, sesampai je Penang, baik korang cari tempat untuk temuduga dulu sebelum cari tempat penginapan. sekurang-kurangnya tak lah kalut pagi esoknya. okay?



HARI TEMUDUGA (3 DISEMBER 2013)

morning. haish feeling macam semalam lepas temuduga gitew. aku punya turn 07.00 am okay? adakah ini disebabkan nama aku bermula dengan huruf H? sudah pasti! rupanya ikut list name. cun sangat kan hari pertama, sesi pertama. nak tanya orang pun tak boleh. zzzzz.


as usual. pagi tu kena daftar dulu. beratur ikut course. macam aku Sains Kimia. kena cari sendiri la barisan tu. sesampai tu dia mintak dokumen yang dia suruh print (borang-borang, resume, gambar passport, transkrip (fotostat) dan ijazah (fotostat)). then korang akan diberikan nombor ID. pakai dekat tudung. lepas tu tandatangan. kalau korang letak dalam clear holder file pun dorang suruh buka ok. aku siap nak kasi file, tapi dia taknak. ok takpe. lepas tu masuk dalam satu lecture hall gitu.


taklimat oleh staf HQ MARA. dia cakap tahniah datang temuduga. dari 32K permohonan. hanyalah 3K++ layak temuduga. okayyyyy. aku macam terkejut. biar betul? ya jawapan betul. lepas tu dia duk cerita la kena lalui 4 stages pernilaian.


Interview: 50%
Microteaching: 30%
Ujian Berkomputer Psikometrik: 20%
Menulis Esei Bahasa Inggeris : Markah Bonus


Tapi....aku punya tak ikut urutan pun. tak semestinya semua kena interview dulu. macam aku, aku kena sesi microteaching dulu. memang dorang dah susun ikut kelompok apa. lepas tu panggil random.


STAGE MICROTEACHING

ok. kat sini macam jantung nak tercabut sebab aku jadi orang pertama dari 20 orang kelompok tu. oh myyyy! orang first microteaching?? selamber je panggil "...ID 3199, ready ye...awak orang pertama microteaching..." .tarik nafas dalam-dalam, selawat. semoga di permudahkan. lepas tu masuk lah aku ke dalam bilik tu. korang akan di berikan 15 minit untuk mengajar. bagi subjek Kimia. 100% in English. aku pilih tajuk Alloy. kena bawak BBM sendiri. panel ada 2 orang. sorang dalam bidang Kimia, sorang bidang Pendidikan. aku mengajar macam panel tu student aku. selamba je aku suruh dia angkat tangan and so on. ask dia macam-macam. panel yang pakar dalam bidang kita tu banyak tanya, so aku rasa korang kena master content jugakla. aku mengajarlah macam biasa. confident tu kena ada, tapi aku akui gugup tu ada beb sebab orang first oooo. kat sini korang kena pandai la tunjuk kaedah pedagogi dalam mengajar. lepas buat conclusion, dia tnya,

"You pernah mengajar form 4 tak..?"
aku jawab "pernah...saya memang mengajar tingkatan 4 masa latihan mengajar dulu...".
dia tnya lagi, "sekolah mana?"
"SMK Bandar Maharani, Muar"
"Oh okay, thank you, good luck!"
"You're welcome, thank you sir.."

aku pun berlalu pergi sambil menghadiahkan sebuah senyuman pada 2 orang panel tu. dalam hati, apa lah aku duk bebel dalam bilik tu tadi. hmmm.


STAGE INTERVIEW

dalam sejam kot tunggu lepas microteaching, baru nama aku di panggil. sekali  masuk 3 orang. sorang lelaki 28 tahun dan seorang perempuan sama umur denganku (chinese girl). masuk-masuk kena letak file sijil original atas meja depa. then duduk atas kerusi berhadapan 2 orang panel. soalan-soalannya adalah:

1-Please introduce yourself in 30 second.
2-Kenapa nak jadi cikgu? (jawapan korang kena la bagi yang power, janganlah cakap sebab minat dah, ok?)
3-Bagaimana anda dapat membantu MARA dalam menghasilkan pelajarnya untuk bersaing di peringkat antarabangsa?
4-Apakah kelebihan dan kekuatan diri anda yang MARA tak boleh tolak anda?
5-Sebagai seorang cikgu, bagaimana anda mengatasi masalah ini sekiranya orang lain mengatakan anda seorang guru yang malas? apa tindakan reaksi dan tindakan anda?
6-Antara sahsiah dan akademik yang mana lagi penting? Terangkan.


jawapan dalam Bahasa Inggeris preferable. dalam 45 minit kot baru siap.


STAGE UJIAN BERKOMPUTER PSIKOMETRIK

ada 14 soalan peribadi. 59 soalan ALA MedSi.
soalan dari UPSI. student UPSI mesti familiar soalan-soalan ni.
soalan yang nak nilai kita kecenderungan untuk jadi cikgu.
contoh soalan: ali seorang yang ceria di dalam kelas dan ramai kawan, tetapi pada waktu rehat, dia kelihatan berseorangan di kantin. sebagai seorang guru apakah tindakan anda? ada 4 pilihan jawapan.
jawab dengan ikhlas. :)



STAGE MENULIS ESEI (ENGLISH VERSION)

Last stage. soalan esei tu suruh kita karang kelebihan kita yang MARA kena ambil kita kerja dengan dorang dan apakah usaha kita untuk memajukan MARA. tulis dalam BI 200-250 patah perkataan. orang sebelah aku siap call kawan dia tanya nak tulis apa. seeloknya jujurlah pada diri sendiri. aku bukan orang bahasa. tentulah grammar aku kelaut. harapnya adalah peluang stage ni.



kira-kira jam 4 petang aku selesai segalanya. ada waktu rehat pukul 1.00-2.00 petang. then sambung balik. tapi depend la...ada orang yang habis awal. semoga pengalaman aku ni berguna untuk uolls.



kalau ada rezeki, dapatlah. kalau tak, redha je lah kan. cuba yang SPP pulak. good luck korang di lain masa. kalau aku dapat aku bagitau korang k?


sorry sebab banyak membebel.
salam.





 

Fika Karim Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger